Pertempuran Pasir Panjang | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Pertempuran Singapura, Perang Pasifik | |||||||
Kubu kecil mesingan, Pasir Panjang | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Briged Infantri Pertama Malaya Briged Ke-44 India | Divisyen ke-18 Jepun | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
J.R.G. Andre H.R. Rix † |
Renya Mutaguchi Yoshio Nasu | ||||||
Kekuatan | |||||||
88,600 (keseluruhan)[1] | 62,200 (keseluruhan)[2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
7500 terbunuh, 10,000 tercedera, 110,000 tawanan perang | Tidak diketahui |
Pertempuran Pasir Panjang, yang berlangsung antara 13 dan 14 Februari 1942, sebahagian daripada serangan Empayar Jepun terhadap Singapura sewaktu Perang Dunia Kedua.
Pertempuran Pasir Panjang merupakan pertempuran besar yang terakhir antara pasukan pertahanan British di bawah Leftenan Jeneral Arthur Percival dan pasukan penyerang Jepun (Tentera Darat Ke-25) yang diperintah Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita di pulau Singapura.
Di pihak pertahanan, pertempuran melibatkan ketumbukan Briged Infantri Pertama Malaya yang dipertanggung jawab mempertahankan sektor pertahanan barat daya dan selatan pesisiran pantai, yang paling hampir bandar Singapura sendiri (sektor pertahanan yang digelar Singapore Fortress atau 'Kubu Singapura'). Briged Malaya merupakan lapisan pertahanan terakhir sebelum bandar dan pelabuhan Singapura dari arah barat. Pertempuran ini berjalan selama 48 jam dan menjulang nama Rejimen Askar Melayu menjadikannya satu pasukan tentera yang disegani di kalangan pasukan Tentera Komanwel. Jeneral Percival menyerah kalah sehari selepas Pertempuran Pasir Panjang.